Thursday, September 8, 2011
Tolong ingatkan aku- satu kejayaan
Maybe lagu ni dah lama. Tapi lagu ni kalau dengar banyak-banyak kali jadi 'best'. Ada rentak dan keunikan tersendiri. Terlihat post kawan di facebook yang menyatakan ini lagu 'favourite'nya. Susah untuk orang puji lagu kita. Susah juga untuk radio memutarkan lagu tersebut, jika artisnya tak popular. Tetapi dengan usaha semua itu boleh berubah
Ana Raffali merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara, berijazahkan Bachelor Tesl ke tak silap. . Inilah salah seorang penyanyi indie yang hanya bermula dgn myspace,facebook, dan youtube.
Tidak lupa juga, salah seorang lagi produk UiTM yang juga berjaya masuk ke 'mainstream' adalah Yuna. Ini pula dari fakulti Undang-Undang. Kedua-dua hebat.
Oleh itu indie-indie band yang masih baru dan sedang meningkat naik bolehlah jadikan mereka sebagai contoh. Ambil kisah mereka sebagai "case study'. Muzik-muzik berkualiti seperti inilah perlu menjadi contoh. Namun yang berkualiti, tak semestinya selalu betul, atau mengikut moral yang sedikit.
Tetapi ingatlah dalam kita berkarya, kita jaga adab. Yeah!!!!
Sekarang kami ingatkan, hari ini hari Jumaat. Yang laki-laki tu jangan lupa pergi solat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment